Bahasa Lain
Log Masuk

Login to your account

default
red
contrast



font_default
font_red
font_blue
font_green

rss
fb
icon-twitter
youtube
mobile
qr code
Unit Restoratif

Unit Restoratif

PENGENALAN

Perkhidmatan kepakaran Restoratif KP Pandamaran adalah salah satu perkhidmatan sekunder (secondary care) di dalam perkhidmatan pergigian, Negeri Selangor. Unit Pergigian Restoratif ini mula beroperasi semenjak bulan Januari 2007 sebagai suatu pusat rujukan bagi kes kes Restoratif yang bersesuaian berdasarkan garispanduan/ protokol rujukan yang telah di gariskan.

Perkhidmatan Pergigian Restoratif secara amnya merangkumi rawatan tampalan/ restorasi intra (termasuk pembuatan venir) dan ekstra korona (pembuatan korona dan jambatan), rawatan Endodontik, rawatan Implan pergigian dan rawatan Prostetik (termasuk pembuatan denture, Splin dan Obturator) bagi memulihkan fungsi mulut dan estetik kembali kepada hampir normal. Rujukan kebanyakannya diterima daripada klinik klinik pergigan dan hospital kerajaan dan swasta dari seluruh negeri secara amnya dan Selangor secara khusus.

FUNGSI-FUNGSI

Jabatan ini berfungsi untuk memberi rawatan pergigian yang menyeluruh dan komprehensif, cekap dan berkesan khasnya kepada kakitangan kerajaan, yang dirujuk dari klinik-klinik pergigian dan hospital kerajaan, mahupun swasta. Keutamaan di berikan kepada pesakit pesakit yang mengalami masalah gigi yang rumit, patah akibat trauma, gigi tidak vital, tampalan yang sering tertanggal, pemakaian gigi palsu yang sukar dan keperluan implant bagi meletakkan gigi dan prosthesis menggantikan gigi yang telah tanggal.

SKOP PERKHIDMATAN

Pesakit pesakit yang memerlukan perkhidmatan Pergigian Restoratif termasuk :

  1. Pesakit yang mengalami masalah mengunyah makanan, pertuturan yang tidak jelas dan estetik.
  2. Pesakit yang mengalami masalah pergigian ‘moderate’ dan ‘advanced’ termasuk sakit gigi yang berterusan, gigi haus, bilangan gigi yang tidak mencukupi dan sebagainya
  3. Pesakit yang memerlukan pembedahan periodontal dan mulut sebagai persiapan tisu mulut sebelum rawatan restorative di berikan.
  1. Pesakit yang telah menjalani pembedahan rahang akibat cancer
  2. Pesakit pergigian / periodontik yang mengalami masalah perubatan (‘Medically compromised patients)
  3. Pesakit yang memerlukan implant pergigian

TENAGA KERJA

carta resto

CAJ RAWATAN               

PETA LOKASI

*Maklumat masih dikemaskini*

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

place 2-edited Klinik Pergigian Pakar Restoratif
    d/a Klinik Pergigian Pandamaran
    Persiaran Raja Muda Musa 42000 Perlabuhan Klang
    Selangor Darul Ehsan
fon 2 03-3166 9001
fax 03-3166 9002